Monday, 30 November 2015

Trinity tiada didalam Alkitab?

Trinity tiada didalam Alkitab? Ya, memang tiada sebab mungkin tidak pernah membaca mengenainya atau hanya tidak tahu bagaimana Trinity atau Tritunggal ini wujud.

Kalau kita amati dengan teliti, kata Trinity memang tiada didalam Alkitab, apalagi perkataan Tritunggal. Saya ingin mengajak anda untuk membaca Alkitab dengan cara lama menurut ukuran gereja katolik yang asal dan bukan menurut teologi gereja baru yang anda kenal atau mungkin baru anda bina? 

Kebanyakan gereja baru yang dibina baru mencari arah atau hala tuju untuk mendapatkan umat baru. Apabila Yesus sahaja yang diperkatakan tetapi menghadapi satu masalah iaitu TIDAK TAHU bagaimana mengembangkan firman Tuhan atau melakukan firman TUHAN dalam bentuk teologi untuk dipelajari oleh semua orang. Nah.. apa sudah jadi? Tunggang terbalik sampai mempersalahkan katolik yang tidak betul , kebanyakan ini berlaku didalam gereja baru.

Teologi kristian katolik sudah wujud sejak tahun 2000 tahun yang lalu. Dengan wujudnya bapa-bapa gereja sebelumnya, tulisan teologi itu bermula pada tahun 33 AD. Jika anda bermula dengan gereja baru yang baru melangkah dan belajar bagaimana teologi itu berkembang sejak tahun 33 AD lagi, baik anda balik semula kepada gereja Katolik. Baliklah. Anda sudah sesat sebab anda tercari-cari mana satu arah yang betul.

Ya, saya berbicara mengenai perkataan Tritunggal atau Trinity. Tiga dalam satu. Membaca Alkitab perlukan pemahaman yang luas, jangan membaca dan faham satu tempat sahaja tetapi tidak di tempat lain. 

Satu + Dua + Tiga = 6. Kaedah matematik ini sangat mudah untuk dimengertikan. Kalau 1 + 2 + 3 , jawabannya ialah 6. Ada orang menjawab soalan matematik  seperti ini. 1 + 1 +1 = 3. Dalam proses penambahan, ia cuma ditambah dan akan bertambah. Dalam 1 ada 1 didalam satu tetapi semuanya 1. Jadi jawabannya 1 dalam 3. 

Bapa, Putera dan Roh Kudus di namakan Tritunggal atau Trinity. Sama seperti tiga perkataan: Iman, Pengharapan dan Kasih. 

Di antara banyak motosikal, ada satu motosikal yang tayarnya ada tiga. Dan nama motosikal itu ialah Tricycle. Bagaimana kita menyebut jenis motosikal itu? Tricycle atau tiga sikal? Jadi bagaimana kita menyebut Bapa, Putera dan Roh Kudus yang ringkas untuk difahami? Tritunggal atau Tiga Tunggal? Sebab Bapa adalah Tunggal bagi diriNya sendiri, Putera adalah Tunggal juga bagi diriNya sendiri dan Roh Kudus juga adalah Tunggal bagi diriNya sendiri tetapi mereka adalah TUNGGAL. Inilah yang dinamakan, Tritunggal. Masih tidak faham? 

Perhatikan ayat ini dengan teliti: "Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus (Matius: 28:19).

Tuhan Yesus tidak menyuruh kita membuat gereja baru dengan mengatakan PERGILAH, Jadikan semua bangsa muridKu..... Tuhan Yesus tidak menyuruh untuk pergi dan MEMBINA GEREJA BARU. Supaya kalau kita didalam gereja yang sama, IBLIS tidak akan memecahbelahkan kepercayaan dan teologi yang memang sudah ada sejak dari mula.

Tuhan Yesus tidak mengatakan "Kerana itu pergilah, jadikan semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama TRITUNGGAL". Mengapa Dia tidak akan menggunakan perkataan SHORTCUT tetapi dengan teliti menggunakan perkataan itu sebagai Bapa, Putera dan Roh Kudus? Ini disebabkan oleh satu perkara iaitu Dia ingin memberitahu kita bahawa PEMBAPTISAN hanya SAH melalui tiga Nama ini didalam satu peribadi iaitu BAPA, PUTERA dan ROH KUDUS.

Adakah kita bersalah meringkaskan perkataan BAPA, PUTERA dan ROH KUDUS itu menjadi TRITUNGGAL? Ini bukan menambah atau mengurang perkataan, jika menambah, ia sudah ditulis didalam Alkitab, jika dikurang, Hanya Putera sahaja yang disebut tetapi Bapa dan Roh Kudus itu hilang...Kalau salah satu daripada perkataan itu hilang, itu namanya... SESAT!!!


Nota: Apa boleh buatlah kalau anda sudah bina gereja baru yang mungkin mempunyai 100 juta orang tetapi tetaplah kepada pengajaran yang benar dan jangan persalahkan gereja katolik yang tidak benar sebab gereja yang mula-mula wujud ialah gereja yang dibina berdasarkan perkataan ROCK atau BATU atau PETRA kepada PETRUS.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More