Monday, 30 November 2015

Bonda Maria disembah atau dihormati?

Gereja Katolik sejak dari dulu lagi menjadi sasaran serangan daripada mereka yang telah membuat cabang  didalam gereja baru dan mewujudkan teologi baru berdasarkan kepada cara fikir mereka sendiri. Cara fikir ini kadang-kadang mengelirukan dan membuat orang lain tergila-gila untuk memikirkannya.

Kalau kita baca FIRMAN TUHAN yang bermula daripada INJIL MATIUS, YOHANES, MARKUS, LUKAS, kita pasti tidak akan sesat. Kalau kita amati dengan teliti, kita tidak akan memperbodohkan diri sendiri untuk mengikuti orang lain menghina gereja katolik kerana mengambil peranan untuk menjadikan Bonda Maria sebagai IDOLA didalam gereja katolik. 

Mengapa Bonda Maria dijadikan IDOLA yang  penting nombor dua selepas Yesus? Tidak bererti Bonda Maria adalah yang pertama tetapi peranan Bonda Maria kepada proses penyelamatan ini HARUS kita pelajari dan kita harus menghormati Bonda Maria sebagai Bonda Allah. Di gereja lain, Bonda Maria dijadikan seperti PENGEMIS sahaja. Kalau perlu dibicarakan mengenainya, maka paling pun, tembak gereja katolik punya cara.

Betulkah anda memang setia dan taat kepada firman TUHAN? Betul? Jangan tipu saya. Ini bukan bermaksud saya adalah seorang yang paling taat kepada firman Tuhan dan saya tiada kesilapan satu titikpun. Jika kita katakan Yesus adalah Tuhan , kita mengakuiNya didepan orang ramai atau didalam kehidupan kita sehari-hari, kita mesti tahu apa pengajaran Tuhan Yesus yang harus kita contohi. 

Dan jika kita benar-benar setia kepada FIRMAN TUHAN yang boleh mengubah dan membuat kita bahagia, kita setia lah, kenapa pula setia hari esok, hari ini tidak setia pula. Bagaimana kata Tuhan tentang hal ini ? Bagi saya , mungkin hanya main-main sahaja dan tidak serius tentang hal-hal surgawi, jadi teologinya disini ialah hanya pertengkaran yang diutamakan daripada firman Tuhan. 

Sila perhatikan betul-betul mengapa kita harus menghormati BONDA MARIA sebagai BONDA ALLAH yang berperanan dan yang mengambil bahagian membantu dalam proses menyelamatkan manusia. Firman Tuhan mengatakan:

Lalu kata Maria: "Jiwaku memuliakan Tuhan, dan hatiku bergembira kerana Allah Juruselamatku, Sebab Ia telah memperhatikan kerendahan hambaNya. Sesungguhnya, mulai dari sekarang segala keturunan akan menyebut aku berbahagia. (Lukas:1:48). 

Adakah benar kita melakukan FIRMAN TUHAN dengan membuat Bonda MARIA sebagai Bonda Allah yang layak dihormati? Berbahagia itu bermaksud menghormati dia sebagai Bonda Allah. Akan ada rasa bahagia kerana dihormati. 

Perhatikan…. Mulai dari sekarang akan menyebut aku berbahagia... Apakah yang membuatkan Bonda Maria berbahagia kerana kita? Semua keturunan akan menyebut aku berbahagia.. Perhatikan "MENYEBUT aku berbahagia… Salam Maria Penuh Rahmat, Tuhan Sertamu… Perhatikan betul-betul.

Jika kita membuat orang lain bahagia, apa yang harus kita lakukan? Puji dia atau sembah dia atau berikan dia sesuatu? Kalau orang menyambut hari lahir, kita akan ucapkan SELAMAT HARI JADI. 

Jika orang yang mengucapkan itu kepada kita, adakah anda bahagia pada masa itu atau ANDA MARAH kerana TIDAK BAHAGIA? Mengapa Bonda Maria katakan "SEGALA KETURUNAN……? Maksudnya apa? Semua keturunan yang menyembah YESUS sebagai TUHAN dan JURUSELAMAT mereka akan menghormati BONDA MARIA sebagai yang berbahagia kerana melahirkan YESUS , sebagai TUHAN dan JURUSELAMAT kepada semua manusia di dunia ini. 

Adakah BONDA MARIA tidak layak untuk dihormati? Lalu didalam gereja , anda membuat dia tidak berbahagia dengan TIDAK MENGHORMATI dia , malahan mengutuk dia kerana mengambil peranan sebagai INSTRUMENT ALLAH untuk melahirkan YESUS? Atau tidak layakkan BONDA MARIA dihormati hanya dengan perkataan THANK YOU , Sahaja kerana telah melahirkan YESUS? 

Anda pernah ucapkan Terima kasih kepada IBU anda kerana melahirkan anda? Apa yang membuatkan emak anda BAHAGIA kerana anda? Fikirkanlah. Jika EMAK anda sendiri tidak dihormati, bagaimana anda dapat melakukan HUKUM KASIH seperti yang Tuhan YESUS ajarkan? 

Anda tidak pernah menghormati sesiapapun? Ucapan sebagai selamat pagi pun tak pernah kepada sesiapa? Sedangkan malaikat yang turun dari syurga membuat Bonda Maria berbahagia dan dihormati kerana telah melaksanakan kehendak Allah. Lihalah dengan teliti dan pelajari erti firman ini bagaimana menghormati seorang peribadi seperti yang Malaikat Gabriel lakukan. 

Ketika malaikat itu masuk ke rumah Maria, ia berkata:
"Salam, hai engkau yang dikaruniai, Tuhan menyertai engkau"… (Lukas 1: 28) ,  (Semasa Elizabeth yang PENUH DENGAN ROH KUDUS, mengucapkan perkataan ini kepada Bonda Maria)"Lalu berseru dengan suara nyaring: "Diberkatilah engkau di antara semua perempuan dan diberkatilah buah rahimmu". (Lukas 1:42)

Jadi siapa yang mengucapkan perkataan Diberkati itu? Adakah Elizabeth atau ROH KUDUS? Perhatikan disini "Dan ketika Elizabeth mendengar salam Maria, melonjaklah anak yang di dalam rahimnya dan Elizabeth pun penuh dengan Roh kudus. lalu berseru dengan suara nyaring: "Diberkatilah engkau di antara semua perempuan dan diberkatilah buah rahimmu". (Lukas 1: 41-42)

Elizabeth TIDAK AKAN mengucapkan perkataan itu JIKA dia tidak dipenuhi oleh ROH KUDUS. 

Lihat Lukas 1: 48.. Sebab Ia telah memperhatikan kerendahan hambaNya
" Tuhan Yesus rendah hati juga menghormati Bonda Maria sebagai Ibu Alllah. "Ketika Yesus melihat ibuNya dan murid yang dikasihiNya disampingnya, berkatalah Ia kepada ibuNya. Ibu, inilah anakmu". (Yohanes 19:26). Apakah kita juga rendah hati seperti Tuhan Yesus? 

Bonda Maria layak dihormati oleh semua keturunan yang rendah hati di seluruh dunia.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More