Kunci Kerajaan Syurga

Dan Akupun berkata kepadamu: Engkau adalah Petrus dan di atas batu karang ini Aku akan mendirikan jemaat-Ku dan alam maut tidak akan menguasainya. Kepadamu akan kuberikan kunci kerajaan Syurga. Apa yang kauikat didunia ini akan terikat di syurga dan apa yang kau lepaskan di dunia ini akan terlepas di syurga. (Matius: 16:18-19)

Santo Petrus merupakan POPE pertama yang telah menerima kunci itu daripada Tuhan Yesus. Tuhan Yesus mendirikan gerejaNya melalui Santo Petrus. Perkataan Tuhan Yesus mempunyai makna yang sangat dalam untuk diungkapkan dan sangat dalam untuk dimengertikan namun mari kita mengenali Dia satu persatu melalui tulisan ini. Saya akan membantu anda untuk mengenali Dia seperti saya juga mengenali Dia sebelumnya. Saya tidak layak untuk menulis didalam ruangan ini kerana saya juga sama seperti anda orang berdosa tetapi saya berharap, dengan tulisan ini, bukan sahaja dapat membantu anda tetapi dapat membantu saya juga untuk terus bertumbuh dalam pengetahuan dan dalam iman kepada Yesus Kristus.Salam!

Monday, 30 November 2015

Bonda Maria disembah atau dihormati?

Gereja Katolik sejak dari dulu lagi menjadi sasaran serangan daripada mereka yang telah membuat cabang  didalam gereja baru dan mewujudkan teologi baru berdasarkan kepada cara fikir mereka sendiri. Cara fikir ini kadang-kadang mengelirukan dan membuat orang lain tergila-gila untuk memikirkannya.

Kalau kita baca FIRMAN TUHAN yang bermula daripada INJIL MATIUS, YOHANES, MARKUS, LUKAS, kita pasti tidak akan sesat. Kalau kita amati dengan teliti, kita tidak akan memperbodohkan diri sendiri untuk mengikuti orang lain menghina gereja katolik kerana mengambil peranan untuk menjadikan Bonda Maria sebagai IDOLA didalam gereja katolik. 

Mengapa Bonda Maria dijadikan IDOLA yang  penting nombor dua selepas Yesus? Tidak bererti Bonda Maria adalah yang pertama tetapi peranan Bonda Maria kepada proses penyelamatan ini HARUS kita pelajari dan kita harus menghormati Bonda Maria sebagai Bonda Allah. Di gereja lain, Bonda Maria dijadikan seperti PENGEMIS sahaja. Kalau perlu dibicarakan mengenainya, maka paling pun, tembak gereja katolik punya cara.

Betulkah anda memang setia dan taat kepada firman TUHAN? Betul? Jangan tipu saya. Ini bukan bermaksud saya adalah seorang yang paling taat kepada firman Tuhan dan saya tiada kesilapan satu titikpun. Jika kita katakan Yesus adalah Tuhan , kita mengakuiNya didepan orang ramai atau didalam kehidupan kita sehari-hari, kita mesti tahu apa pengajaran Tuhan Yesus yang harus kita contohi. 

Dan jika kita benar-benar setia kepada FIRMAN TUHAN yang boleh mengubah dan membuat kita bahagia, kita setia lah, kenapa pula setia hari esok, hari ini tidak setia pula. Bagaimana kata Tuhan tentang hal ini ? Bagi saya , mungkin hanya main-main sahaja dan tidak serius tentang hal-hal surgawi, jadi teologinya disini ialah hanya pertengkaran yang diutamakan daripada firman Tuhan. 

Sila perhatikan betul-betul mengapa kita harus menghormati BONDA MARIA sebagai BONDA ALLAH yang berperanan dan yang mengambil bahagian membantu dalam proses menyelamatkan manusia. Firman Tuhan mengatakan:

Lalu kata Maria: "Jiwaku memuliakan Tuhan, dan hatiku bergembira kerana Allah Juruselamatku, Sebab Ia telah memperhatikan kerendahan hambaNya. Sesungguhnya, mulai dari sekarang segala keturunan akan menyebut aku berbahagia. (Lukas:1:48). 

Adakah benar kita melakukan FIRMAN TUHAN dengan membuat Bonda MARIA sebagai Bonda Allah yang layak dihormati? Berbahagia itu bermaksud menghormati dia sebagai Bonda Allah. Akan ada rasa bahagia kerana dihormati. 

Perhatikan…. Mulai dari sekarang akan menyebut aku berbahagia... Apakah yang membuatkan Bonda Maria berbahagia kerana kita? Semua keturunan akan menyebut aku berbahagia.. Perhatikan "MENYEBUT aku berbahagia… Salam Maria Penuh Rahmat, Tuhan Sertamu… Perhatikan betul-betul.

Jika kita membuat orang lain bahagia, apa yang harus kita lakukan? Puji dia atau sembah dia atau berikan dia sesuatu? Kalau orang menyambut hari lahir, kita akan ucapkan SELAMAT HARI JADI. 

Jika orang yang mengucapkan itu kepada kita, adakah anda bahagia pada masa itu atau ANDA MARAH kerana TIDAK BAHAGIA? Mengapa Bonda Maria katakan "SEGALA KETURUNAN……? Maksudnya apa? Semua keturunan yang menyembah YESUS sebagai TUHAN dan JURUSELAMAT mereka akan menghormati BONDA MARIA sebagai yang berbahagia kerana melahirkan YESUS , sebagai TUHAN dan JURUSELAMAT kepada semua manusia di dunia ini. 

Adakah BONDA MARIA tidak layak untuk dihormati? Lalu didalam gereja , anda membuat dia tidak berbahagia dengan TIDAK MENGHORMATI dia , malahan mengutuk dia kerana mengambil peranan sebagai INSTRUMENT ALLAH untuk melahirkan YESUS? Atau tidak layakkan BONDA MARIA dihormati hanya dengan perkataan THANK YOU , Sahaja kerana telah melahirkan YESUS? 

Anda pernah ucapkan Terima kasih kepada IBU anda kerana melahirkan anda? Apa yang membuatkan emak anda BAHAGIA kerana anda? Fikirkanlah. Jika EMAK anda sendiri tidak dihormati, bagaimana anda dapat melakukan HUKUM KASIH seperti yang Tuhan YESUS ajarkan? 

Anda tidak pernah menghormati sesiapapun? Ucapan sebagai selamat pagi pun tak pernah kepada sesiapa? Sedangkan malaikat yang turun dari syurga membuat Bonda Maria berbahagia dan dihormati kerana telah melaksanakan kehendak Allah. Lihalah dengan teliti dan pelajari erti firman ini bagaimana menghormati seorang peribadi seperti yang Malaikat Gabriel lakukan. 

Ketika malaikat itu masuk ke rumah Maria, ia berkata:
"Salam, hai engkau yang dikaruniai, Tuhan menyertai engkau"… (Lukas 1: 28) ,  (Semasa Elizabeth yang PENUH DENGAN ROH KUDUS, mengucapkan perkataan ini kepada Bonda Maria)"Lalu berseru dengan suara nyaring: "Diberkatilah engkau di antara semua perempuan dan diberkatilah buah rahimmu". (Lukas 1:42)

Jadi siapa yang mengucapkan perkataan Diberkati itu? Adakah Elizabeth atau ROH KUDUS? Perhatikan disini "Dan ketika Elizabeth mendengar salam Maria, melonjaklah anak yang di dalam rahimnya dan Elizabeth pun penuh dengan Roh kudus. lalu berseru dengan suara nyaring: "Diberkatilah engkau di antara semua perempuan dan diberkatilah buah rahimmu". (Lukas 1: 41-42)

Elizabeth TIDAK AKAN mengucapkan perkataan itu JIKA dia tidak dipenuhi oleh ROH KUDUS. 

Lihat Lukas 1: 48.. Sebab Ia telah memperhatikan kerendahan hambaNya
" Tuhan Yesus rendah hati juga menghormati Bonda Maria sebagai Ibu Alllah. "Ketika Yesus melihat ibuNya dan murid yang dikasihiNya disampingnya, berkatalah Ia kepada ibuNya. Ibu, inilah anakmu". (Yohanes 19:26). Apakah kita juga rendah hati seperti Tuhan Yesus? 

Bonda Maria layak dihormati oleh semua keturunan yang rendah hati di seluruh dunia.

Trinity tiada didalam Alkitab?

Trinity tiada didalam Alkitab? Ya, memang tiada sebab mungkin tidak pernah membaca mengenainya atau hanya tidak tahu bagaimana Trinity atau Tritunggal ini wujud.

Kalau kita amati dengan teliti, kata Trinity memang tiada didalam Alkitab, apalagi perkataan Tritunggal. Saya ingin mengajak anda untuk membaca Alkitab dengan cara lama menurut ukuran gereja katolik yang asal dan bukan menurut teologi gereja baru yang anda kenal atau mungkin baru anda bina? 

Kebanyakan gereja baru yang dibina baru mencari arah atau hala tuju untuk mendapatkan umat baru. Apabila Yesus sahaja yang diperkatakan tetapi menghadapi satu masalah iaitu TIDAK TAHU bagaimana mengembangkan firman Tuhan atau melakukan firman TUHAN dalam bentuk teologi untuk dipelajari oleh semua orang. Nah.. apa sudah jadi? Tunggang terbalik sampai mempersalahkan katolik yang tidak betul , kebanyakan ini berlaku didalam gereja baru.

Teologi kristian katolik sudah wujud sejak tahun 2000 tahun yang lalu. Dengan wujudnya bapa-bapa gereja sebelumnya, tulisan teologi itu bermula pada tahun 33 AD. Jika anda bermula dengan gereja baru yang baru melangkah dan belajar bagaimana teologi itu berkembang sejak tahun 33 AD lagi, baik anda balik semula kepada gereja Katolik. Baliklah. Anda sudah sesat sebab anda tercari-cari mana satu arah yang betul.

Ya, saya berbicara mengenai perkataan Tritunggal atau Trinity. Tiga dalam satu. Membaca Alkitab perlukan pemahaman yang luas, jangan membaca dan faham satu tempat sahaja tetapi tidak di tempat lain. 

Satu + Dua + Tiga = 6. Kaedah matematik ini sangat mudah untuk dimengertikan. Kalau 1 + 2 + 3 , jawabannya ialah 6. Ada orang menjawab soalan matematik  seperti ini. 1 + 1 +1 = 3. Dalam proses penambahan, ia cuma ditambah dan akan bertambah. Dalam 1 ada 1 didalam satu tetapi semuanya 1. Jadi jawabannya 1 dalam 3. 

Bapa, Putera dan Roh Kudus di namakan Tritunggal atau Trinity. Sama seperti tiga perkataan: Iman, Pengharapan dan Kasih. 

Di antara banyak motosikal, ada satu motosikal yang tayarnya ada tiga. Dan nama motosikal itu ialah Tricycle. Bagaimana kita menyebut jenis motosikal itu? Tricycle atau tiga sikal? Jadi bagaimana kita menyebut Bapa, Putera dan Roh Kudus yang ringkas untuk difahami? Tritunggal atau Tiga Tunggal? Sebab Bapa adalah Tunggal bagi diriNya sendiri, Putera adalah Tunggal juga bagi diriNya sendiri dan Roh Kudus juga adalah Tunggal bagi diriNya sendiri tetapi mereka adalah TUNGGAL. Inilah yang dinamakan, Tritunggal. Masih tidak faham? 

Perhatikan ayat ini dengan teliti: "Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus (Matius: 28:19).

Tuhan Yesus tidak menyuruh kita membuat gereja baru dengan mengatakan PERGILAH, Jadikan semua bangsa muridKu..... Tuhan Yesus tidak menyuruh untuk pergi dan MEMBINA GEREJA BARU. Supaya kalau kita didalam gereja yang sama, IBLIS tidak akan memecahbelahkan kepercayaan dan teologi yang memang sudah ada sejak dari mula.

Tuhan Yesus tidak mengatakan "Kerana itu pergilah, jadikan semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama TRITUNGGAL". Mengapa Dia tidak akan menggunakan perkataan SHORTCUT tetapi dengan teliti menggunakan perkataan itu sebagai Bapa, Putera dan Roh Kudus? Ini disebabkan oleh satu perkara iaitu Dia ingin memberitahu kita bahawa PEMBAPTISAN hanya SAH melalui tiga Nama ini didalam satu peribadi iaitu BAPA, PUTERA dan ROH KUDUS.

Adakah kita bersalah meringkaskan perkataan BAPA, PUTERA dan ROH KUDUS itu menjadi TRITUNGGAL? Ini bukan menambah atau mengurang perkataan, jika menambah, ia sudah ditulis didalam Alkitab, jika dikurang, Hanya Putera sahaja yang disebut tetapi Bapa dan Roh Kudus itu hilang...Kalau salah satu daripada perkataan itu hilang, itu namanya... SESAT!!!


Nota: Apa boleh buatlah kalau anda sudah bina gereja baru yang mungkin mempunyai 100 juta orang tetapi tetaplah kepada pengajaran yang benar dan jangan persalahkan gereja katolik yang tidak benar sebab gereja yang mula-mula wujud ialah gereja yang dibina berdasarkan perkataan ROCK atau BATU atau PETRA kepada PETRUS.

Tradisi Lisan vs Tradisi bertulis

Alkitab yang mula-mula dikeluarkan sebenarnya dikanonise oleh Katolik sendiri. Jika anda membeli Alkitab yang TANPA DEUTEROKANONIKA, itu bererti ALKITAB itu sudah diubah oleh mereka yang keluar daripada AGAMA KATOLIK. Saya bukan menuduh, ini kenyataan. Mengapa mengubah kandungan yang terdapat didalam ALKITAB ASAL?

Firman TUHAN katakan, " Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar perkataan-perkataan nubuat dari kitab ini: "Jika seorang menambahkan sesuatu kepada perkataan-perkataan ini, maka Allah akan menambahkan kepadanya malapetaka-malapetaka yang tertulis di dalam kitab ini" (Wahyu 22:18).

Itulah , saranan saya, jika ingin membeli ALKITAB, belilah ALKITAB yang mempunyai kandungan yang tertera DEUTEROKANONIKA. Bahagian DEUTEROKANONIKA ini dibuka selepas sahaja agama baru wujud, ada yang menjadi PROTESTANT dan ada yang tidak tapi sendirian berhad sahaja untuk mewujudkan teologi baru.

Ada yang mewujudkan perkumpulan tetapi TIDAK membawa orang masuk ke dalam agamanya, hanya memperkenalkan YESUS dan membawa orang kepada YESUS dan tidak memperkekehkan agama lain. Inilah yang dinamakan ORANG BENAR. Siapa orang benar yang kita lihat dibumi ini? Dalam seribu, ada satu orang sahaja. Jadi teladan ini harus diikuti.

Walaubagaimanapun, saranan saya juga, bacalah Alkitab mengenai YESUS KRISTUS, yang bermula dari MATIUS, LUKAS, MARKUS dan YOHANES. Bahagian ini adalah bahagian yang PALING PENTING di antara yang lain. Yang lain bukan bermaksud tidak penting, memang sangat penting tetapi bahagian ini menceritakan kebenaran mengenai YESUS KRISTUS yang sebenar. Jadi, jika ada di luar sana yang membuat penghinaan kepada YESUS KRISTUS, ingatlah.... hanya baca bahagian ini untuk mengetahui kebenaranNya, anda pasti tidak akan sesat.

Apapun, sekarang adalah masa untuk bertobat. Alkitab apapun yang anda nampak, jika sama dengan yang tercatat mengandungi DEUTEROKANONIKA, anda belilah sebab Alkitab itu lengkap. Yang tiada DEUTEROKANONIKA pun ok juga tetapi jangan marah dan jangan buang tabiat menghina orang lain kerana tidak faham mengenai ALKITAB keluaran KATOLIK dan ALKITAB KELUARAN daripada Kristian Aliran lain.

Tradisi ialah sesuatu yang harus diikuti sehingga ke hari ini tetapi ingat, jangan keliru mengenai apa yang Tuhan Yesus katakan mengenai TRADISI NENEK MOYANG dengan TRADISI PARA RASUL. Terdapat dua tradisi yang seringkali mengelirukan kristian daripada ALIRAN LAIN dan kemudian menyalahkan KATOLIK kerana mempertahankan TRADISI yang tidak disukai oleh YESUS.

TRADISI tentang perkhawinan iaitu tidak dibenarkan berkawin lebih daripada satu dan tidak dibenarkan bercerai. Ini sesuai dengan FIRMAN TUHAN YESUS. Jika anda baca dengan teliti, ia mempunyai kandungan firman TUHAN yang mempertahankan KESUCIAN perkhawinan. Ya lah, bukan semua orang suci dan bukan semua orang kudus tetapi ini lah yang sebenarnya dibicarakan mengenai TRADISI SUCI yang dipertahankan sejak dahulu lagi sebelum WUJUDNYA PROTESTANT.

TRADISI SUCI mengenai perkawinan, kebanyakan gereja yang bukan katolik membenarkan penceraian, membenarkan kawin lebih daripada 1. Mengapa pula ini terjadi? Sebab mereka tidak sepenuhnya membaca FIRMAN TUHAN seperti saranan saya tadi didalam INJIL MATIUS, LUKAS, MARKUS dan YOHANES.

Itulah sebabnya, saya katakan bahawa, KATOLIK KAYA dengan TRADISI demi untuk mengikuti sepenuhnya FIRMAN TUHAN seperti yang tertulis didalam ALKITAB. Contohnya TRADISI SUCI yang mempertahankan perkhawinan sebab YESUS BERSABDA "Setiap orang yang menceraikan isterinya, lalu kawin dengan perempuan lain, ia berbuat zinah  ; dan barangsiapa kawin dengan perempuan yang diceraikan suaminya, ia berbuat zinah"..

Sekarang kita lihat, apakah yang dipertahankan oleh katolik terutama mengenai SAKRAMEN PERKHAWINAN ini tidak sesuai dengan FIRMAN TUHAN? Bukan sesuka hati PAKAI BUANG MACAM PIRING dan GELAS KERTAS, boleh pakai buang dalam tong sampah. Ya lah, bukan semua orang kudus tetapi setiap orang yang dipanggil oleh TUHAN akan menuju kepada kekudusan dengan cara TUHAN sendiri. Ini bermaksud, apapun cara anda berjalan, pergi ke utara dan yang satu pergi ke selatan tetapi tujuan ke tempat yang sama iaitu menuju satu titik kekudusan kepada ALLAH.

Nota: Jangan salah tafsir firman Tuhan dengan tidak tahu membezakan TRADISI MEMBASUH tangan orang FARISI dengan TRADISI MEMPERTAHANKAN perkhawinan. Teologi baru , pemahaman dan penafsiran baru biasanya wujud di dalam gereja baru. Bertobatlah sebelum terlambat. 

Baptis selam atau rengis?

Selepas keluar daripada Gereja Katolik dan menubuhkan gereja sendiri, mereka mengalami bermacam-macam kekeliruan didalam gereja mereka kerana teologi itu berubah apabila berada di dalam gereja baru, ia seolah-olah tidak dapat disahkan atau disahkan atau sebaliknya sebab tidak pasti apakah yang sebenarnya berlaku semasa didalam pembaptisan.
 

Ini kerana apabila mereka keluar daripada katolik, mereka akan berdepan dengan teologi baru yang dicipta oleh manusia menurut pemikirannya sendiri dan berada didalam agama yang mereka anuti walaupun didalam gereja itu berbicara mengenai Yesus. Mengapa? Dan apakah yang paling benar, baptis selam atau baptis rengis?

Firman Tuhan berkata "Kerana itu pergilah, jadikanlah semua bangsa murid-Ku dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus"...( Matius:28:19)

Perhatikan dengan baik apa yang dikatakan didalam firman Tuhan ini. Jika kita membaptis menggunakan teknik selam atau rengis dengan menggunakan firman TUHAN ini, iaitu membaptis atas nama BAPA, PUTERA dan ROH KUDUS, ini bermaksud kita sudah melakukan apa yang Tuhan Firmankan kepada kita iaitu membaptis dengan nama BAPA, PUTERA dan ROH KUDUS.

Mengapa pula kebanyakan kristian atau pemimpin kristian yang bukan katolik memimpin umatnya dan memberitahu bahawa baptis selam sahaja yang sah dan baptis dengan rengis itu tidak sah?. Memang ada yang membaptis hanya dengan dua oknum sahaja dan bukan tiga oknum. Yang betul dan yang betul-betul sah ialah membaptis dengan TIGA OKNUM walaupun dengan rengis atau rendam sekalipun. Rengis atau rendam itu tidak menjadi masalah , asalkan itu ialah AIR bersih, sebab PEMBAPTISAN ialah SIMBOLIK kepada PERTOBATAN.

Jadi anda keliru dengan Baptisan yang dilakukan oleh Yohanes kepada Yesus? Yohanes membaptis Yesus dengan cara selam , dan hanya itu yang SAH kerana mengikuti firman TUHAN dan mengatakan baptisan rengis itu tidak sah? Lihat disini.

Selepas YESUS dibaptis cara selam, Yohanes tetap membaptis orang lain juga demi untuk pengampunan dosa-dosa mereka tetapi dia tidak membaptis dengan tiga OKNUM itu? Tetapi selepas YESUS DIBAPTIS cara selam, maka perkataan YESUS untuk membaptis di atas nama BAPA, PUTERA dan ROH KUDUS itulah yang paling SAH  sebab Dia telah menggenapi keseluruhan kitab SUCI mengenapi PEMBAPTISAN.

Selam atau rengis itu tidak menjadi masalah. yang PALING penting disini ialah SIMBOLIK kepada pertobatan selepas di baptis dengan AIR. Air besar, Air kelapa, Air sungai, Air pair, Air apa sahaja yang bersih yang digunakan untuk membaptis , atau air mineral pun boleh jika kekurangan air di tempat anda. Air yang diberkati oleh Tuhan untuk membaptis.

Yang penting AIR, AIR, AIR. Cuba bayangkan kita menyiram pokok bunga, manakah yang lebih sah, siram dengan cara selam atau dengan cara rengis atau tunggu air hujan menyiram? baru sah kena siram? Fikirkanlah sendiri.

Soalan mengenai Baptis selam atau RENGIS mana yang sah? Kedua-duanya SAH. yang tidak SAH dan SALAH dan TIDAK MENGIKUTI FIRMAN TUHAN ialah meniadakan PERKATAAN yang YESUS UCAPKAN mengenai PEMBAPTISAN seperti yang berada didalam Matius 28:19.
Saya harap, Jangan kita berbalah sesama sendiri sebab, kita adalah spesies yang terancam ... mengapa terancam? Sebab hanya orang yang benar-benar mengikuti Yesus akan dikucir, dibunuh atau dianiaya , penganiayaan banyak berlaku kerana mengikuti Yesus.

Teologi Kristian

Pada mulanya adalah asas, katolik adalah agama yang wujud sebelum protestant. Memang perkataan katolik ada didalam Alkitab Katolik banyak mempertahankan hal-hal yang menekankan tentang hubungan kemanusiaan contohnya seperti perkhawinan iaitu tidak membenarkan penceraian, tidak membenarkan pengguguran, tidak membenarkan orang kawin lebih dari satu melainkan hanya satu dan sebagainya. Mengapa hal ini terjadi? Adakah Alkitab satu-satunya asas yang kukuh sebagai panduan untuk mendapatkan kehidupan yang kekal?


Ya, Alkitab adalah satu-satunya Firman Tuhan yang hidup. Jadi untuk menjadikan ia hidup, firman Tuhan itu harus dikembangkan, dilakukan seperti yang diminta oleh Tuhan Yesus. Kalau Tuhan Yesus kata "Jangan bercerai, janganlah bercerai tetapi perhitungan ini hanya Tuhan sahaja yang dapat lakukan.


Kalau jangan membuat pengguguran, jangan gugurkan bayi didalam kandungan walaupun hanya dua minggu saat pembuahan terjadi. Ini semua berunsur kemanusiaan yang dinamakan tradisi yang dipertahankan sesuai dengan firman Tuhan.


Cuba lihat di sekeliling, terdapat banyak sekali gereja di sana sini. Mereka saling menuduh antara satu sama lain. Mereka saling tidak menghormati satu sama lain, malahan didalam gereja bukan untuk memberikan kotbah dan pengajaran tentang Yesus Kristus tetapi tentang musuh mereka tetapi Yesus katakan, Kasihlah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu.


Saya tidak ingin berbicara banyak mengenai hal ini tetapi saya ingin memulai penulisan saya dari sini bagaimana katolik mempertahankan firman Tuhan sebagai Firman yang menjadi dasar DOA sejak dari 2000 tahun yang lalu? 


Jangan kita bertelingkah disebabkan oleh ciptaan teologi sendiri yang tidak berdasarkan kepada firman Tuhan, sepatutnya kita berfikir, bagaimana untuk bersatu didalam nama Tuhan Yesus supaya kita semua masuk ke dalam syurga.

Wednesday, 25 November 2015

Siapakah Yesus?

Siapakah Yesus? Menurut Alkitab, murid-murid Tuhan Yesus sentiasa menyertai Dia ketika Yesus melayani. Di manapun Tuhan Yesus berada, murid-muridNya juga bersama Dia. 

Kubur Kosong membuktikan Dia hidup
Murid-muridNya melihat Tuhan Yesus melakukan mukjizat. Ketika Tuhan Yesus menyembuhkan orang sakit, membangkitkan orang mati, menyembuhkan orang lumpuh supaya berjalan, membuat orang buta melihat dan orang bisu dapat berkata-kata tetapi murid-muridNya masih tidak dapat mengecam, siapakah Tuhan Yesus? 

Murid-murid Tuhan Yesus bersama-sama Dia ketika melayani dan sangat dekat dengan Tuhan Yesus ketika itu tetapi mereka masih tidak mengenali keAllahan Yesus sebagai Tuhan. Bahkan Yesus memberitahu murid-muridNya bahawa Dia adalah Jalan Kebenaran dan Hidup dan tiada seorang pun yang dapat datang kepada Bapa di syurga tanpa melalui Yesus tetapi mata dan hati murid-muridNya masih tertutup. Mengapa keadaan ini berlaku? Adakah murid-muridNya masih ragu-ragu akan keTuhanan Yesus? atau masih tidak mengenali siapa Yesus yang sebenarnya di mata mereka?  

Bahkan ketika Yesus mati pada hari pertama sebelum kebangkitanNya, Santo Petrus bersama kawan sepelayanannya yang lain pergi menangkap ikan di tasik dan meneruskan kehidupan mereka kembali sebagai nelayan kerana seolah-olah hidup mereka sudah tiada harapan kerana Yesus sudah mati namun mereka tidak tahu bahawa apa yang Yesus katakan tentang kebangkitanNya pada hari ketiga menurut Kitab Suci adalah benar.

Selepas ketiga hari, Yesus bangkit dan menampakan diri kepada murid-muridNya dan pada saat kebangkitanNya, barulah mereka ternangga dan terjaga bahawa perkataan Yesus itu adalah benar. 

Kebangkitan Yesus telah memberikan kesan besar kepada manusia di seluruh dunia kerana kebangkitan Yesus telah memberikan ruang kepada setiap orang di seluruh dunia supaya percaya kepada Tuhan Yesus sebagai jalan menuju ke syurga dan berpeluang untuk memberikan diri mereka kepada pertobatan yang total supaya setiap orang yang percaya kepadaNya akan diselamatkan daripada dosa-dosanya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More