Didalam Alkitab, anda memang tidak akan menemukan perkataan "Bonda Allah" sebab perkataan Alkitab itu adalah tulisan mengikut bahasa anda sendiri, lagipun pemahaman kita mengenai satu kata tidak cukup hanya sekadar kita faham dan tahu bahawa itulah perkataan MUKTAMAD yang kita akan ambil sebagai kebenaran.
Saya rasa agak lucu bila orang kata, kita hanya ikut 100% apa yang tertulis didalam Alkitab. Kalau kitab kata Yes, kita pun Yes juga. Kalau Kitab kata No, kita pun no juga. Oh.. My goat! kalau Yesus kata, POTONG TANGAN, maksudnya, anda bolehlah potong tangan sendiri kalau sendiri tersalah curi barang orang lain? Perkataan Alkitab adalah muktamad, tiada tambahan dan tiada pengurangan? ya, memang betul tetapi cara orang memahami Alkitab itu kadang-kadang SALAH!...
Satu contoh mengenai POTONG TANGAN. "Dan jika tanganmu yang kanan menyesatkan engkau, penggalah dan buanglah itu, kerana lebih baik bagimu jika satu dari anggota tubuhmu binasa dari pada tubuhmu dengan utuh masuk neraka". (Matius 5:30).
Sebenarnya maksud firman Tuhan ini ialah "Penekanan untuk TIDAK membuat kejahatan melalui tangan. Tangan kita mungkin selalu membuat kejahatan, jadi bertobat dan jangan buat kejahatan lagi"... kerana dengan tangan itu, jika membuat kejahatan, akan berpotensi untuk anda tidak dapat masuk ke syurga kerana tangan anda membuat kejahatan".... bertobatlah.
Bagaimana pula dengan perkataan Bonda Maria dan Bonda Allah? Jika suami anda diberikan pangkat sebagai DATUK, apakah panggilan dari orang lain yang sesuai untuk isteri anda? Masih dengan panggilan ISTERI atau nama lain sebagai nama terhormat? DATIN? Sudah tentu nama panggilan terhormat itu akan didahulukan.
Bagaimana dengan penghormatan kepada Bonda Maria yang digelar sebagai BONDA ALLAH? Sebab dia memang BONDA ALLAH? atau sebagai PANGGILAN BONDA ALLAH sahaja? Sudah tentu panggilan ini menjurus kepada PENGHORMATAN yang PALING AGUNG sebab Bonda Maria adalah CONTOH terbaik di antara para ibu di seluruh dunia sebagai seorang wanita yang patuh kepada kehendak ALLAH.
Kita lihat apakah panggilan Bonda Maria sebagai Bonda ALLAH itu ada didalam ALKITAB? Tiada.. memang TIADA perkataan yang BULAT-BULAT diterangkan sebagai BONDA ALLAH tetapi cuba lihat dengan teliti ayat ini.
"Siapakah aku ini sampai ibu Tuhanku datang mengunjungi aku?" (Lukas 1:43)...
dengan kata lain, "Siapakah aku ini sampai ibu(Bonda) Tuhanku datang mengunjungi aku" (Lukas 1:43)...
Dalam bahasa English "And why is this granted me, that the mother of my Lord should come to me?
Perhatikan... ibu Tuhan (Yesus) ku. Dapatkan kita melihat dengan jelas perkataan ini? Dan dapatkah kita lakukan sesuatu untuk menghormati Bonda Maria sebagai BONDA ALLAH untuk PENGHORMATAN ini? Tidak layakkan Bonda Maria dipanggil sebagai BONDA ALLAH segala bangsa?
Jika kita mengakui YESUS adalah TUHAN, kita tidak akan sewenang-wenangnya memanggil BONDA MARIA sebagai Bonda biasa. Bagaimana kita memanggil Bonda Maria sebagai BONDA ALLAH? Kerana Yesus adalah TUHAN. Maka Bonda Maria ialah BONDA ALLAH (YESUS).
Anda cuma memanggilnya sebagai isteri Santo Josef sahaja? Ada nama panggilan yang lebih tinggi daripada itu? Yesus adalah TUHAN, jadi Bonda Maria adalah BONDA TUHAN YESUS.
Panggilan Bonda Maria sebagai Bonda ALLAH tidak bererti Bonda Maria ialah ALLAH atau TUHAN yang harus disembah dan dimuliakan.
Yesus mengajar kita memanggil TUHAN sebagai BAPA , dan bagaimana kita dapat menghormati Bonda Maria dengan panggilan sebagai IBU TUHAN (YESUS) sebab dia adalah IbuNya....
"Ketika Yesus melihat ibu-Nya.. (Yohanes 19:26")... Sebab Yesus adalah Tuhan. Dia sendiri mengatakan yang Dia adalah Tuhan. "Kamu menyebut Aku Guru dan Tuhan, dan katamu itu tepat, sebab memang Akulah Guru dan Tuhan" (Yohanes: 13:13)
Kata Petrus: "Tuhan, kamikah yang Engkau maksudkan dengan perumpamaan itu atau juga semua orang?"...
Dan ada seorang yang berkata kepada-Nya: "Tuhan, sedikit sajakah orang yang diselamatkan" (Lukas 13: 23)